Bengkel Miv Bersama Komuniti
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Sabtu - 05 Sept 2020 - Pusat Internet Repek telah berlangsungnya bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) secara live selama 3 Jam yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Repek dan dipantau oleh Pengurus PI Repek iaitu Siti Norbaya bt Yusof. Panel yang terlibat sebagai pengerusi adalah Encik Tahir bin Musa. Peserta yang hadir terdiri dari umur lingkungan 18 tahun dan keatas dari pelbagai latar belakang. Selain itu secara tidak langsung memberi pengetahuan kepada peserta manfaat lain yang disediakan di PI Repek.
Sepanjang bengkel berjalan para peserta diberi pendedahan berkaitan visi dan peranan MIV kepada sukarelawan yang baru atau yang lama. Sukarelawan didedahkan berkaitan visi MIV dalam membangunkan warga digital yang kompeten dan cekap yang berupaya untuk membangunkan dan membina aplikasi dan perkhidmatan untuk digunapakai komuniti. Selain itu, sukarelawan juga diberi pendedahan berkaitan Klik dengan Bijak dan isu semasa yang boleh memberi kesan buruk kepada diri dan orang lain sekira nya tidak bijak dalam penggunaan ICT.
Di akhir kelas ini, diharapkan agar para peserta dapat mengambil manfaat dari bengkel yang berlangsung selama tiga jam dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan dapat menggunakan kemudahan fasiliti yang ada di PI bagi tujuan pembelajaran dan menjadi pengguna internet yang berhemah. Secara tidak langsung juga peserta mengetahui akan perkhidmatan lain yang disediakan di Pusat Internet Repek sebagai pusat pembelajaran digital
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: